Powered By Blogger

Wednesday, September 28, 2011

when they go for haunting..


 pokcik nak buat ap lak neh..

pokcik : mula2 kna ikat tgn dulu..buat umpan..hehe,


cari lubang ..hahaha..kome nak tawu ap dlm 2?
pokcik : makanan pokcik le..


 crawl jgn xcrawl pokcik..
pokcik : seb baek polcik bawak api...terjah lg ko dlm lubang ni..kna masuk dalam lg neh..







waa dah jmpa..makanan2!..mulakan step nak menyerang ..


pokcik : sabo..kna usha line dulu..kepala dy mna ntah..






eh2..pokcik ni yg kena serang ke?..seeram neh!







pokcik : relek2..ular 2 yg termakan umpan...cool babe!all under my control,pokcik da selalu buat koje neh...








pokcik : dapat doh nie..,woi geng!..tarik aku keluar



gyler ah pokcik!..gua salute ar...




pokcik : hehe makanan pokcik malam neh..konyang den seminggu..

sahabat..

Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."

"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.

Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Sunday, September 18, 2011

TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, June 2, 2011

welcome bacK!!

     waaa..lma gyla aku xmenjengah kat natang nie..huhu..agak2 kalau dy ni manusia ,comfirm da lama aku kena pelempang..huhu

     tp aku pn xtaw abenda lg nak luahkan kat sini..terlalu byk masalah yg dah berlaku n aku lebih suka keep it,jd lebih pendiam n xsuka share masalah ngn org daa..mungkin disebabkan peristiwa itu mengubah aku menjadi sebegini...

Wednesday, November 10, 2010

BBQ last...

salam..


yeyeh!.. 


aku ngn housemate2ku ( ayie, md gau, iron, akmal ngn gerek tp gerek tukang makan je,sial ko) baru je lepas 
wat bbq last utk sem neh kat depan umah kiteowang...sempoi


     Just BBQ simple2 je..2 ekoq ayam marinate ngn  rempah n lokcin (mcm hotdog tu)..walaupon xbrape meriah sebab housemate aku 2 owang dah balik kmpung,ajie ngn wan leman (depa abeh final exam awai)..,tp tetap berjalan ngn lancarnye..sampi aku kekenyangan tahap gaban sebab duk melantak ayam panggang ngn lokcin ...ayam panggng 2 pon sedap kali neh sebab merinate agak lama ngn rempah2 yg disediakan oleh chef ayie..so mmg best la walaupon agak simple daripada BBQ2 yg kami wat sebelum nie (before nie siap ngn kambing kami bakaq depan umah nie..hehe) 

     Awai2 nak stat bbq td aku duk wisau jgk takot2 jiran2 sebelah umah nie marah asap dok masok umah depa..,buatnya ada yg kluaq mai sound sbb asap mmg potong mood la..,tp alhamdulillah, benda 2 dpt di kontrol ngn baek..hehe (guna kipas kontrol asap)..so,xde la komplen yg diterima..besa la duk umah taman camnie la..umah rapat2,aty jiran2 kena jaga jgk,so far reputasi kami budak2 bujang umah no.3 lorong 10,tmn sriwang fasa 2 neh masih terjaga ngn elok n cemerlang,yeah!...lastly sume dah kekenyangn n ayam2 panggang 2 pon ade lagi brape ketul lebih,masing2 dah xlarat nk melantak dah..hehe..

p/s-lepas nie aku nk bbq raya korban lak..dpt kambing mmg best la..hehe,adios

post by chipper
    

Tuesday, November 9, 2010

BULAN DAN BINTANG


ttba tringin jerp nak ckp psl bulan dan bintang en. yela. cba tgk kat langit. mlm nie ade bintang or x. kalo mlm2 tgk bintang ngn buah hati msty best. romantik jerp. haha. (sengal).

cakap pasal bulan lak en, aku ade baca satu komik nie. tajuk dya x ingat ah. aduss. (pelupa lak). si budak lelaky ckp cinta ibarat bulan, ada waktu suram ada waktu yang terang. tetapi...ada peristiwa yang yang mmbuatkan dya prcaya cinta tak semestinya seprti bulan, kita boleh terus sinari percintaan kita. huhu. (jiwang) :) 
bintang.. bintang nie bila tgk dari jauh, dari bumi kita nie haa mmg cun la. cantek sangat. tapi bintang nie sangat besar dan burok bila kita tgk dekat.dekat angkasaraya nun di sana la.kena naek roket ngn syeikh muszaphar dlu. haha. x secantek yang kita tengok kat bumi kita nie.hihi.

bintang jgk ade sebot dlm lagu amy mastura 2. bintang hati. ala. lagu yang mcm comel jew bunyinya. 'bintang2 berkelipan, hanya satu bintang di hati'.. ewahh.. nyanyi lak.hihi.yea. bintang sangat cantek bila berkelip-kelipan. ase macam nak amex simpan ja. hehe.

ape2 pun. hargailah apa yang kita lihat terutama keindahan yang tuhan ciptakan. :)

makhluk sungai yg menakutkan...


Seperti yg kita sedia maklum...dalam sungai 2 macam2 binatang yg idop,berjuta2 species hidupan air tawar dan ada antaranya berwajah seperti raksasa yg menakutkan..hehe, macam org tua2 dulu duk cita nk bagi kita takut 2 la..jgn duk p mandi sungai..ada 2 ada nie..,yg membuatkan kita bermimpi ngeri dimalam hari..hehe..tp mmg wujud makhluk2 menakutkan lagi ganas dalam sungai serata dunia nie..


Vampire Piranha


adik beradik terdekat iakn pirana...paraya kadang2 dipanggil jgk "vempire fish' sebabkan gigi dy yg panjang dan runcing tu yg boleh tumbuh sepanjang 6 inci..tp ikan nie xdak kat malaysia la,bole jumpa kay sungai Orinoco kek venezuela je..





Goliath Tigerfish

huh..yg nie lagi engker..,nama pon dah goliath,mmg menakutkan ..hehe,makhluk nie idup kat sungai congo,sungai Lualaba,sungai Upemba ngn sungai Tanganyika kat afrika..ikan nie bahaya sebab gigi dy yg tajam gila 2 n bole membesar sampai 5 kaki..speed dy dalam ayaq pon bole tahan jgk la...






Piraiba Catfish

dalam gambaq tu ikan keli piraiba yg panjang 5kaki.... tapi dy leh membesaq sampai 10 kaki..ikan nie lah sentap org ke dasar sungai ngn besaq dy 2 kowt..sgt2 seram..




African lungfish
iakn nie mmg xtergolong dlm golongn ikan comel la..hehe,tg muka dy pon dah menakutkan..tapi boleh membesar sampai 6.5 kaki jgk le..









Sunday, November 7, 2010

Finest Way to Lose Weight


This is some of the simple way to lose weight without need a lot of exercise , we just need to change a little bit in our diet style and eating habit.....check this ..
1. Avoid sophisticated carbohydrates. Sophisticated carbs like baked goods, candy, and white bread break down extremely quickly in body and grounds a flow of insulin in the body. This insulin makes the body to generate hard to burn body fat.
2. Subordinate all carbohydrates in the evening. Carbohydrates are energy foods, but if you take them in evening when you need minimum energy it gets stored as fat and results in weight gain.
3. Maintain a food journal. It has been studied that such journals doubles the weight loss success. The reason behind this is that it’s hard to eat rather then your diet, especially when you know you be obliged to be answerable for writing it down.
4. Eat Slowly. Slowing down your eating speed will result in better chewing of food. Now it will make it easy for the digestive system to digest the food rather then the improper chewed food. So keep it in mind always, if you want to lose weight effortlessly.
5. Study to eat as per the hunger level. Many of the times we eats because its time to eat, and not because we are hungry. But if you eat only when you are hungry you only will eat food that is essential for the body. In this way also you will be able to lose weight easily.
SO these are some of the effortless ways of losing weight and if you are looking for a way to lose weight other than exercise then these are some that you can try.

Thursday, November 4, 2010

mari baca..

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Bacalah sehingga habis. 

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. 

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. 


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini 


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ....... 


Mungkin malam JUMAAT? 


Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA? 


Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....


Dan sudah pasti waktu ada kematian... 


Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 


Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 


Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 


Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! 


Ya aku CINTA ALLAH 


Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 


IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 


Ini adalah ujian yang mudah. 


Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... 

Kirimkan kepada orang . 


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? 


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. 


Susah….... Senang 


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? 


Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? 

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh? 

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. 

Solat adalah yang terbaik.... 


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. 


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). 

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? 


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. 


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. 


Aku berDOA,smoga kita semua diberkati oleh Allah..

Thursday, October 28, 2010

AbOut mYSelF..

        Beralamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam..
 Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer tyme zaman sekolah rendah aku..tadak peksa pun,keje relek je,best tyme neh..


       Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia.. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Keja pun banyak bertimbun-timbun. Emmm taktau la lagi boleh berjaya ke tidak. Masalahnya cikgu aku dah bagi soalan bocor siap ngn complete set jawapan lagi,tapi aku plak buat selamber badakk je...


      Malas study lagi kononnya nak peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat exam mengejut baru padan ngan muka aku...huawa..waa..waa..


        Nanti penggal pertama aku nak kena amik exam kat Dewan Kubur,Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)..tyme nie kalau ilmu aku bawak xcukup..,baru aku taw langit tu tinggi ka rendah..lepas 2,


      Penggal Kedua plak exam Kat Majlis Bandaran Masyhar plak,exam nie utk amik Sijil Padang Masyar(SPM)...kalau aku lulus dengan cemerlang dalam SPM nti,boleh la aku sambung belajar kat U syurga tapi kalau dapat result teruk,terpaksa la aku dimasukkan ke U neraka (tempat budak2 jahat neh)..


     apa2 pon aku berusaha untuk mencapai impian aku ke U syurga..moga ALLAH sudi menerimaku...amiiin.

solat tiang agama

Assalamualaikum

   Solat 5 waktu merupakan kewajipan keatas seluruh umat islam yg cukup syaratnya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah... Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun.. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
masyaallah,begitu berat sekali siksaan jika kita meniggalkan solat..

    Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

    Sedangkan syaitan yg pada satu ketika dahulu telah dilaknat oleh Allah hanya kerana sekali sahaja membangkang pada perintah Allah, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Nabi Adam, telah dilaknat-Nya,inikan pula manusia yg setiap hari ingkar akan
 suruhan-Nya..na'uzubillah..tidak dapat terbayang bagaimana besarnya murka Allah kepada manusia yg meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada rasa penyesalan..

Jadi,sama2lah kita bertaubat kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya..Amar makruf,nahi mungkar..sesungguhnya solat yang sempurna itu dapat mencegah kita daripada kemungkaran ..adios

Monday, October 25, 2010

daRi nEgeri jElapang paDi..

   Assalamualaikum and salam 1 Malaysia..

Cerita dari kampung ,apabila harga getah melonjak naik dipasaran..
   
   Minggu nie aku balik kampung sebab cuti study week aku yg panjang.,so sesampainya aku kat umah macam2 la cerita dan berita yang aku dengaq..hehe,n aku sgt tertarik ngn cerita pak long aku pasai getah sekerap..dia kata la nie kalau motong getah ja selang dua hari dah kena p kutip sekerap dah,..aku pon pelik la jgk pasai pa yg depa nie pakat duk rajin  terok2 sgt,sampai xdan sekerap nk beku dok p kutip dah,..rupa-rupanya mmg terpaksa merajinkan diri la paklong kata,sebab kalau dok biaq seminggu motong getah baru nk p kutip,alamatnya p kutip pot getah kosong la,ada la penyangak yang mai tolong kutip nti (pencuri sekerap) ..


       

         Macam2 la yg terjadi bila harga getah melonjak naik dipasaran,org yg ada kebun getah berelung2 tu memang tidoq xlena dah malam2..dok takut penyamun mai curi sekerap,tu yg sampai ada buat pondok n tidoq kat kebun getah semata2 nk jaga sekerap,hehe..tapi memang patot la getah sekerap menjadi rebutan,kalau nak diikotkan harga pasaran getah sekarang ialah kira-kira RM 5.40 bagi 1kg getah sekerap...so kalau ikot anggaran kasaq, 1 guni dah boleh dapat RM 200..motong getah 4 hari ja dah boleh dapat seribu ringgit beb,kalau sebulan boleh dapat lebih kurang RM 6000...woW!dah mcm gaji pensyarah..hehe,tapi yang nie pagi-pagi pi ngajaq kat kebun getah la...

   
    Alhamdulillah la kan,rezeki dari Allah.,kita perlu bersyukur ngn rezeki yg melimpah ruah nie kan...n seperti kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan ,tumpang harga getah ngh naik nie,banyak2kan lah menabung dan melabur dalam unit amanah yg boleh dipercayai,supaya kita dah bersedia bila pasaran harga getah mula jadi xmenentu nanti...adios



p/s--> kalau rezeki lebih,n dah cukup syarat,
          jangan lupa kuarkan zakat ..hehe,

Sunday, October 24, 2010

Kementerian Agama Islam Malaysia



.

pada sUatu haRi....

ku ambil sumur diladang...
ku jadikan penyamaran..
rupa cantik..
bertukar menjadi syaitan..
agak sukar di kesan..

bergerak..bertempur..
tentera darat pantang undur..

walau peluru datang bertabur..
kami tetap bertempur..


teringat plak zaman2 aku kadet dlu..mmg sakit,penat,lelah, berbakul2 maki ngn sumpah seranah yg aku dpat dulu tp bila dikenang kembali..sume 2 menjadi memory yg indah dan pengalaman yg xdpat dibeli di mana-mana samaada di kedai ah seng ataupon kedai pak ali..
     maki hamun n sumpah seranah itu jugak la yg menjadikan jiwa aku makin kental untuk menghadapi hari2 yg mendatang yg menjanjikan pelbagai lg cabaran...thankz so much to all my instructor and  my squad batch 29 UiTM ...begitu eratnya hubungan antara kita squad2 seperti adik beradik.,miss all of you..

Saturday, October 23, 2010

akU sebAtang pEnseL...

assalamualaikum n salam 1 malaysia...jom tgk apabila sebatang pensel buruk yg dah ketot dan dianggap xberguna oleh sebahagian org boleh berubah menjadi satu seni yg menarik dan mengkagumkan...1st tyme aku  tgk pon mmg teruja jgk la..mmg begitu halus seni yg ditunjukkn dlm pengukiran arca kat pensel neh..






--> for my love-cik anis..hehe

seyes cantik n begitu halus seni pensel neh..,tp klau saje2 nk try n xde bakat..hehe,confirm la xjd..

Friday, October 22, 2010

Perkemahan Perdana SMK Dato' Syed Ahmad,Kuala Nerang

          Alhamdulillah,sekali lagi aku bersama ngn 6 org barisan fasilitator laen dari Madani Jati Training n Consultancy (MJTC) yg diketuai oleh Lt.Kol Azmi b. Ismail telah berjaya menganjurkan program yg dinamakan war game selama 3 hari 2 malam yg bertempat di Belantara Camp,Kg. Nako Nambua,Kuala Nerang,Kedah bermula pada 19 nov hingga 21 nov...

mmg best gyle dpt jd fesi utk bdk2 form 3 n sebahagian form 2 skolah nie..,tp sebelum tu,nk djadikan cerita,perjalanan kami barisan fesi dr uitm perlis ke belantara camp ni pon mmg mencabar,..yela,1st tyme nk pi Kg Nako Nambua tu,ngn tempat tu pon xtaw kat mana..so,berdasarkan peta lisan dari fesi senior n berpandukan peta rakyat,alhamdulillah..,kami sesat sepanjang jalan,,hehe..,kalau nk ikot perjalan ke kem tu dari perlis hanya memekan masa 1 jam,but kami delay hampir ke 3 jam,..perjalan yg mgazabkan ..
            
     Tapi bila dah sampai ke Belantara Camp,hati setiap fesi kembali berbunga apabila melihat seramai 202 org peserta sedia menyambut kami di dewan ngn wajah yg mengharapkan sesuatu yg terbaek dari kami ( feeling teruja tyme 2).. so,ptg 2 selepas pihak kaunselor sekolah  mnyerahkn pelajar kpd barisan fesi MJTC,maka bermulalah aktiviti yg mberi pngalaman yg xdpt dilupakan oleh setiap peserta...,


PT dalam bendang,mmg abeh berlumpur la korang,..tp xpa,best right?

  peserta yg seramai 202 org kmudian dbahagikan kpd 4 kmpulan n aku dberi tggungjawab melatih kump.2 dlm activity physical training or pt,merupakan basic bg program war game..,mmg sakit la bdk2 nie ngn aku,baru 10 mnit activity,sorang gurl dah injured.. activity nie agk lasak la jgk.,but only position training,ajar wat frontsupport,skuaq jam,star jam,pt 10, n berbagai lg pt setempat..tp honestly from my opinion.,bdk2 nie mantap jgk especially bdk2 lelaki n some girl..,high stamina ,active n menurut perintah..mmg senang keje aku..hehe .


stand-to apabila terdengar bunyi letupan



               mcm2 activity la yg para peserta lalui spanjang 3 hari nie spt membajak sawah,makan beradab,asas2 ilmu perang,jalan malam,tarian poco2 ,fear factor n kemuncak activity is war game...mmg best sikit untuk war game kali nie sbb dsertakan ngn bunyi letupan..so feeling budak2 nie nk berperang pon mmg high la..,tp biasa la,no pain no gain..,ada yg tercedera,demam,muntah ,xtahan   tp sepanjang program nie, semangat yg ditunjukkn oleh setiap peserta mmg amat2 membanggakn ..walaupon demam,cedera dan sebagainya.,mereka tetap nk mengikuti program nie hingga ke hari terakhir..syabas di ucapkan kpd semua peserta!..

                   sebahagian dari peserta lelaki yg mmg cool abeh..mantap



  peserta wanita yg xkurang hebatnye..
\





barisan fasilitator mjtc





       tyme hari terakhir program,mmg femes tol tyme neh, xmenang tgn aku nk sain autograf...jahat2 pon ramai peminat..hehe,but kami marah bukan sebab benci,tp kami sayang ank bangsa kami : )

ok lah..dah penat menaip,so tyme to sleep,..adios