KOSMO! Online...Petikan daripada KOSMO! Online bertarikh 25 october 2010..
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dinaik taraf kepada sebuah kementerian penuh agar dapat membantu menyelaraskan urusan yang berkaitan Islam.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin (gambar) berkata, ia perlu dilakukan segera memandangkan isu-isu berkaitan pencemaran agama semakin berleluasa.
"Tindakan drastik tentu dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutama berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes-kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya.
"Ini juga dapat mengelakkan wujud pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit yang akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini semalam.
Menurut Rosli, pihak berkuasa agama perlu mengelakkan 'sindrom bisu' apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan agama Islam khususnya yang ditimbulkan oleh parti-parti politik kerana ia boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap Islam.
Katanya, Jakim dan majlis agama Islam di negeri-negeri juga perlu agresif dan senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dinaik taraf kepada sebuah kementerian, sememangnya idea yg dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin ini amat bernas sekali dan wajar dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan kita...kerana kita dapat melihat hari ini pelbagai isu yg timbul dalam kalangn umat islam sendiri yg cetek agama tetapi menggunakan platfom agama islam untuk meraih keuntungan dan akhirnya memesongkan pegangan dan akidah umat islam itu sendiri..
Baru2 ini kita dikejutkan dengan isu ISLAMIC FASHION SHOW yg kononnya membawakan elemen islamic didalam berfesyen bagi wanita tetapi apabila melihat kepada pakaian yg di peragakan oleh model2 yg dikatakan bercirikan islamic oleh isteri kepada pemimpin n0.1 negara ini yang hanya bertudung tetapi mendedahkan sebahagian dada dan aurat2 wanita ya laen.,serta merta perasaan marah dan geram akan lahir di hati umat islam kerana dengan jelas memperlihatkan betapa islam itu dipermainkan oleh pihak yg hanya ingin meraih keuntungan di dunia tetapi tidak sedar akan balasan azab yg amat siksa menanti mereka di hari akhirat kelak..
sesungguhnya golongan yang menolak Islam ini adalah golongan yg tidak tahu asal kejadian diri n golongan yang tidak tahu asal-usul diri adalah tergolong dalam golongn yang tidak berilmu.
Marilah kita sama-sama kembali kepada ajaran islam yg sebenar yg berteraskan Al-Quran dan Sunnah.Allah S.W.T telah menggariskan panduan yg sempurna mengenai tatacara berpakaian yg menutup aurat dan menjaga maruah baik bagi wanita mahupun lelaki seperti yg tercatat didalam Al-Quran ,akan tetapi apabila pemimpin negara islam sendiri tidak mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah sebaliknya mengagungkan idea2 berpakaian cara Barat cetusan dari kafir laknatullah,maka akan rosak binasalah orang2 yg dipimpinnya..

Isu ini bukan isu politik tetapi isu ini lebih jelas terarah kepada isu menghina islam dan perkara sebegini perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa agama islam untuk mengelakkan akidah dan pegangan umat islam tidak terpesong.Pihak berkuasa agama Islam jangan hanya menggunakan "sindrom bisu" dan menjadi boneka pihak tertentu kerana peranan yang dimainkan dan tanggungjawab serta amanah yg dipikul oleh pihak berkuasa agama islam adalah sangat berat dan akan dituntut di hari akhirat kelak..
dan kepada pihak yg menganjurkan ISLAMIC FASHION SHOW yg mnyentuh sensetiviti dan menimbulkan kemarahan umat islam seluruh negara.,silalah bertaubat dan kembali ke jalan yg diredhai Allah S.W.T sementara masih diberikan peluang olehNya..smoga Allah melimpahkan hidayahnya ke atas kita semua dan agama Islam akan terus subur di bumi Malaysia ku ini..Allahhuakbar3x!

.
No comments:
Post a Comment