Powered By Blogger

Thursday, October 28, 2010

solat tiang agama

Assalamualaikum

   Solat 5 waktu merupakan kewajipan keatas seluruh umat islam yg cukup syaratnya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah... Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun.. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
masyaallah,begitu berat sekali siksaan jika kita meniggalkan solat..

    Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

    Sedangkan syaitan yg pada satu ketika dahulu telah dilaknat oleh Allah hanya kerana sekali sahaja membangkang pada perintah Allah, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Nabi Adam, telah dilaknat-Nya,inikan pula manusia yg setiap hari ingkar akan
 suruhan-Nya..na'uzubillah..tidak dapat terbayang bagaimana besarnya murka Allah kepada manusia yg meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada rasa penyesalan..

Jadi,sama2lah kita bertaubat kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya..Amar makruf,nahi mungkar..sesungguhnya solat yang sempurna itu dapat mencegah kita daripada kemungkaran ..adios

No comments:

Post a Comment